TIDAK BERTANGGUH DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Pagi Isnin
4 Syawal 1436
20 Julai 2015

🌹

عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رجل للنبي صلى الله عليه وسلم يَومَ أُحُد: أَرَأيتَ إنْ قُتِلتُ فَأَيْنَ أَنَا؟ قَالَ: ((في الجنَّةِ)) فَأَلْقَى تَمَرَاتٍ كُنَّ في يَدِهِ، ثُمَّ قَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Jabir رضي اللّه عنه melaporkan: Seorang lelaki bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم pada hari peperangan Uhud: Apa pandangan tuan jika saya gugur (dalam peperangan ini) di manakah saya (nanti di Akhirat)? Nabi menjawab: "Di dalam syurga". Lalu dia mencampakkan kurma di tangannya lalu bertempur sehingga syahid." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Bersegera dalam melakukan kebaikan adalah digalakkan oleh Syara' kerana peluang tersebut tidak sentiasa ada,
2. Kecintaan para Sahabat رضي اللّه عنهم untuk membantu perjuangan Islam sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi meraih keredhaan dan ganjaran di sisi Allah Taala. Sikap ini patut dicontohi oleh generasi berikutnya dalam menegakkan Syariat Islam.