السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Jumaat
13 Jamadulakhir 1436H
3 April 2015
🌾
عن عائشة رضي الله عنها، قَالَتْ: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا فَاتَتْهُ الصَّلاةُ مِنَ اللَّيلِ مِنْ وَجَعٍ أَوْ غَيرِهِ، صَلَّى مِنَ النَّهارِ ثنْتَيْ عَشرَةَ رَكْعَةً. رواه مسلم.
Dari 'Aisyah رضي الله عنها melaporkan: bahawa RasululLah صلى الله عليه وسلم apabila terluput solat malam dek kerana sakit dan lainnya, Baginda akan solat sunat 12 rakaat pada waktu siang (sebagai ganti)." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Diharuskan untuk menggantikan (qadha') solat malam yang ditinggalkan pada waktu yang lain. Begitu juga solat2 sunat yang lain. Dalam hadith yang lain disebutkan: "Barangsiapa tidak solat witir kerana tidur atau lupa, hendaklah dia melakukannya di waktu pagi atau ketika teringat." (Mafhum HR Abu Daud)
2. Apatah lagi jika ibadah fardhu/wajib yang ditinggalkan seperti solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat dll ianya mestilah digantikan terutama semasa hayat masih ada kerana ianya adalah hutang dengan Allah yang perlu dilunaskan (Mafhum Hadith).