HINDARKAN BERCAKAP/BERPERANGAI BURUK SEMASA BERPUASA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
10 Ramadhan 1436H
27 Jun 2015
🌵MENGHINDARI KATA-KATA KEJI DAN PERANGAI BURUK SEMASA BERPUASA
عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النبيُّ صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ في أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ)). رواه البخاري.
في رواية: ((مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ وَالجَهل)).
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan perlakuan yang buruk maka Allah tidak memerlukan usahanya untuk meninggalkan makan dan minum." (Mafhum HR Al Bukhari)
Dalam riwayat lain: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata nista, perlakuan yang buruk dan amalan jahiliah."
PENGAJARAN
1. Selain daripada meninggalkan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum, umat Islam turut dituntut "berpuasa" dari sudut perkataan dan tingkahlaku dengan tidak menuturkan kata-kata yang mendatangkan dosa dan meninggalkan perangai buruk,
2. Walaupun sah puasa dari sudut Fekah, tetapi orang yang mengamalkan sikap di atas puasanya tidak diterima oleh Allah (tiada pahala/ sia-sia),
3. Kata-kata buruk juga termasuklah segala tulisan yang disampaikan melalui buku, akhbar, mesej pesanan ringkas (SMS), media sosial dan lain-lain.