السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
23 Jamadulakhir 1436H
13 April 2015

🌾CABANG-CABANG IMAN

عن أَبي هريرة رضي اله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الإيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً: فَأفْضَلُهَا قَوْلُ: لاَ إلهَ إِلا الله، وَأدْنَاهَا إمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإيمَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah R.A melaporkan dari Nabi S.A.W bersabda: "Iman mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Sebaik-baik cabang adalah ucapan La ilaha illalLah dan serendah-rendahnya adalah membuang suatu yang membahayakan dI jalanan. Malu itu adalah sebahagian daripada iman." (Mafhum HR Al Bukhari & Muslim)

PENGAJARAN
1. Iman itu adalah akidah yang kukuh di hati & dibuktikan dengan amalan,
2. Sifat malu dapat menahan drpd melakukan maksiat & membentuk akhlak mulia, dan
3. Gabungan iman & sifat malu menghasilkan hamba yg ada jatidiri iaitu sentiasa taat kpd perintah Allah walaupun orang lain tidak melihatnya.