السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Ahad
29 Jamadulakhir 1436H
19 April 2015
🌾MERAMAIKAN BILANGAN JEMAAH UNTUK SOLAT JENAZAH
وعن ابن عباسٍ رضي الله عنهما، قَالَ: سَمِعْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ، فَيقومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أرْبَعُونَ رَجُلًا لا يُشْرِكُونَ بِاللهِ شَيْئًا، إِلا شَفَّعَهُمُ اللهُ فِيهِ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidaklah seorang lelaki Muslim meninggal dunia maka jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu melainkan Allah memberikan syafaat (bantuan) kepada jenazah itu dengan sebab solat jenazah mereka (dengan jumlah yang ramai)." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Digalakkan untuk meramaikan bilangan jemaah untuk solat jenazah seramai mungkin kerana ianya memberikan manfaat kepada jenazah,
2. Disamping itu, disunatkan juga untuk membentuk minimum sebanyak tiga saf (barisan) berdasarkan hadith Nabi صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ صَلَّى عَلَيْهِ ثَلاَثَةُ صُفُوفٍ فَقَدْ أوْجَبَ)) رواه أَبُو داود والترمذي
Yang bermaksud: "Barangsiapa (jenazah) yang disolatkan ke atasnya tiga saf maka wajib baginya (syurga). (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi)