السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
🍃PUASA DAN QIYAMULLAIL YANG SIA-SIA
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ". أخرجه ابن ماجه (1/539 ، رقم 1690) ، قال البوصيرى (2/69) : هذا إسناد صحيح رجاله ثقات. وأخرجه أيضًا : النسائى فى الكبرى (2/239 ، رقم 3249) وصححه الألباني في "صحيح الترغيب والترهيب" ( 1/453 ).
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: Sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa (pahala) kecuali hanya lapar. Dan betapa ramai orang yang berqiyamullail tetapi tidak mendapat apa-apa (pahala) kecuali mengantuk semata-semata." (Mafhum HR Ibnu Majah dan An Nasaie)
PENGAJARAN
1. Puasa dan qiyamullail (bangun malam) mempunyai ganjaran yang besar jika diamalkan dalam kehidupan seorang Muslim,
2. Namun jika puasa dilakukan dalam keadaan berdosa seperti berbuka dengan harta haram, mengumpat dan berterusan dalam keadaan maksiat maka ianya tidak mendatangkan apa-apa pahala. Begitu juga dengan qiyamullail andai dilakukan dalam keadaan riya' (menunjuk-nunjuk) atau dilakukan tetapi tidak solat subuh kerana terlalu mengantuk dan tertidur hingga luput waktu subuh tidaklah juga mendatangkan pahala,
3. Setiap amalan ketaatan mestilah dilaksanakan dengan niat dan kefahaman yang betul agar ianya diterima serta mendapat ganjaran di sisi Allah Ta'ala.