AMALAN BUKAN JAMINAN MASUK SYURGA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
18 Jamadulakhir 1436H
8 April 2015

بي هريرةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((قَارِبُوا وَسَدِّدُوا، وَاعْلَمُوا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بعَمَلِهِ)) قالُوا: وَلا أَنْتَ يَا رَسُول الله؟ قَالَ: ((وَلا أنا إلا أنْ يَتَغَمَّدَني الله برَحمَةٍ مِنهُ وَفَضْلٍ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Istiqamahlah kalian dalam mendekatkan diri kepada Allah dan berpegang teguhlah kepada keimanan kalian. Ketahuilah! Tidak ada seorang pun di antara kalian yang selamat (di Akhirat) disebabkan amalannya." Para Sahabat bertanya: Tidak juga Engkau wahai RasululLah? Baginda menjawab: "Tidak juga aku kecuali jika Allah melimpahkan rahmat dan kurniaNya." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN

1. Dianjurkan untuk bersederhana dan istiqamah dalam beramal ibadah iaitu tidak melampau dan tidak pula melewehkan,
2. Kata Ulama': Istiqamah ialah konsisten (berterusan)  melaksanakan ketaatan kepada Allah setiap masa walaupun sedikit,
3. Setiap makhluk tidak ada kata putus untuk menentukan dirinya dapat masuk syurga dengan sebab amalannya kerana yang berhak menentukan siapakah bakal penghuni syurga hanya Allah,
4. Bagaimanapun, amalan kebaikan adalah faktor utama seseorang itu layak menjadi penghuni syurga berdasarkan firman Allah (yang bermaksud): "Masuklah kamu ke dalam syurga sebagai balasan terhadap amalan kamu". (Surah An Nahl:32)
Semoga Allah memberikan kita taufiq untuk istiqamah dalam mentaati perintahNya... Aamiin