السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
6 Rejab1436H
25 April 2015
👪HARAM MENDERHAKAI IBUBAPA
وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الكَبَائِرُ: الإشْرَاكُ بالله، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَتْلُ النَّفْس، وَاليَمِينُ الغَمُوسُ)). رواه البخاري.
TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin 'Amr bin Al Ash رضي الله عنهما dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Dosa-dosa besar itu adalah menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibubapa, membunuh manusia tanpa hak dan bersumpah palsu." (Mafhum HR Al Bukhari)
INTISARI HADITH
1. RasululLah memberi ingatan kepada kaum Muslimin supaya menjauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa besar kerana membawa pembalasan yang berat di Akhirat,
2. Islam mengajar umatnya supaya tidak mensyirikkan Allah, menghormati ibubapa dan berbuat baik kepada sesama manusia untuk faedah dan kebaikan manusia seluruhnya,
3. Bersumpah dengan sumpah palsu (termasuk menjadi saksi palsu) adalah haram kerana membawa kemudharatan kepada orang lain.