السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
11 Ramadhan 1436H
28 Jun 2015

🌾HUKUM MAKAN/MINUM SECARA TIDAK SENGAJA SEMASA BERPUASA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا نَسِيَ أَحَدُكُمْ، فَأكَلَ، أَوْ شَرِبَ، فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإنَّمَا أَطْعَمَهُ اللهُ وَسَقَاهُ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila seseorang kamu terlupa (yang dia sedang berpuasa) lalu ia makan atau minum maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Maka sesungguhnya dia telah diberikan (rezeki) makan dan minum oleh Allah." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Orang yang berpuasa (wajib atau sunat) yang makan atau minum dalam keadaan terlupa tidaklah merosakkan puasanya,
2. Betapa berlembutnya Allah Ta'ala terhadap hamba-hambaNya, memudahkan serta menghidarkan kepayahan daripada mereka dalam perlaksanaan kewajipan agama. Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dan lainnya, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa yang berbuka pada (siang) bulan Ramadhan dalam keadaan terlupa maka tidak perlu qadha' (ganti) dan kifarat (denda) ke atasnya."