السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
2 Rejab1436H
21 April 2015

🌿MEMBENTENG DIRI DARIPADA NERAKA DENGAN AMALAN KECIL

عن عدي بن حاتمٍ رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari 'Adi bin Hatim رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Takutlah kepada neraka walaupun hanya (bersedekah) dengan secebis buah tamar. Barangsiapa yang tiada apa-apa (untuk disedekahkan) maka hendaklah dia bercakap dengan tuturkata yang baik." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Peluang untuk beramal bagi menambah pahala adalah luas mengikut kemampuan masing-masing. Yang penting ianya mestilah ikhlas dan mengharap untuk selamat daripada azab api neraka di Akhirat,
2. Bersedekah bukan setakat dengan harta yang dimiliki tetapi dengan tuturkata dan akhlak terpuji yang tidak menyakitkan hati dan perasaan orang yang berada di sekeliling,
3. Selain itu amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqamah (berterusan) akan mendapat pahala yang istimewa di sisi Allah Taala.