ORANG SUSAH YANG TERPUJI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
5 Rejab1436H
24 April 2015

💰

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَيْسَ المِسكينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ، وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ، وَلكِنَّ المِسكينَ الَّذِي لا يَجِدُ غِنىً يُغْنِيهِ، وَلا يُفْطَنُ لَهُ فَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ، وَلا يَقُومُ فَيَسْألَ النَّاسَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Bukanlah kemiskinan itu seorang yang mengelilingi manusia (untuk meminta-minta) maka dia menerima sesuap atau dua suap makanan serta sebiji dan dua biji kurma. Tetapi orang miskin yang sebenar ialah dia tidak memiliki sesuatu untuk memenuhi keperluannya, tidak diketahui (orang lain) pula kemiskinannya untuk diberi sedekah dan dia tidak pula pergi meminta-minta kepada orang." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

INTISARI HADITH
1. Di antara sifat mulia seorang miskin/susah yang dipuji oleh Islam adalah dia tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk memenuhi keperluan hidupnya tetapi dia menyembunyikan kesusahannya dengan tidak meminta-minta walaupun layak menerima sedekah,
2. Islam mengambil berat tentang isu kemiskinan yang wujud dalam masyarakat dan ianya dapat diatasi dengan pertolongan orang2 yang berada dengan cara mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya.