السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
28 Jamadulakhir 1436H
18 April 2015
🏩KELEBIHAN ZIARAH ORANG SAKIT
عن ثوبان رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ المُسْلِمَ إِذَا عَادَ أخَاهُ المُسْلِمَ، لَمْ يَزَلْ في خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ)). قِيلَ: يَا رَسولَ الله، وَمَا خُرْفَةُ الجَنَّةِ؟ قَالَ: ((جَنَاهَا)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Tsauban رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya seorang Muslim apabila menziarahi saudaranya Muslim (yang sakit), dia sentiasa di dalam nikmat syurga sehinggalah dia pulang." Ditanya: Wahai RasululLah, apakah nikmat syurga itu? Maka Baginda bersabda: "Buah-buahannya". (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Ziarah saudara Muslim yang ditimpa musibah adalah digalakkan kerana menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat,
2. Bahkan pahalanya juga adalah istimewa (sepertimana disebutkan di dalam hadith di atas),
3. Walau bagaimanapun, perlulah meraikan adab-adab ziarah pesakit seperti tidak terlalu lama tempoh ziarah (kecuali diminta oleh pesakit utk berada lama di sisinya), memberikan kata-kata semangat, mendoakan supaya cepat sembuh dll.