السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Rabu
14 Ramadhan 1436H
1 Julai 2015
🌷ADAKAH SAH PUASA ORANG YANG TIDAK SEMPAT MANDI JUNUB SEBELUM SUBUH?
عن عائشة رَضِيَ اللهُ عنها قالت: كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أَهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ. متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari A'isyah رَضِيَ اللهُ عنها melaporkan: "RasululLah صلى الله عليه وسلم pernah berada pada waktu fajar dalam keadaan berjunub kerana bersama dengan isteri Baginda. Kemudian Baginda mandi (hadas besar) dan meneruskan puasa." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Hadith ini menjadi dalil (bukti) bahawa orang yang berjunub sah puasanya (yang wajib atau sunat) sama ada sengaja atau terlupa untuk mandi junub apabila masuk waktu fajar (subuh),
2. Berdasarkan hadith ini juga dibolehkan untuk melewatkan mandi hadas sehingga masuknya waktu subuh. Begitu juga diqiyaskan kepada wanita yang berhadas besar disebabkan haid atau nifas iaitu jika darahnya terhenti di sebelah malam kemudian ia tidak sempat untuk mandi hadas sebelum masuk waktu fajar maka puasanya sah.