AJARAN ISLAM ADALAH UNTUK IKUTAN BUKAN REKAAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Renungan Pagi Ahad
15 Jamadulakhir 1436H
5 April 2015


عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ االلهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ         رَسُوْلُ االلهِ صَلَّى االلهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ  أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ))

TERJEMAHAN
Dari Ummu al-Mukminin, Ummu Abdullah 'Aisyah رضي عنها االله beliau berkata: RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang
bukan daripadanya, maka ia tertolak."
(Mafhum HR al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak."

PENGAJARAN
1. lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah dikategorikan sebagai bid'ah (rekaan) yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
2. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan
sebagainya.
3. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan hidupnya di dunia dan akhirat.