السلام عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
26 Ramadhan 1436
13 Julai 2015
KELEBIHAN BERIBADAH PADA MALAM AL QADR🌙
عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Kelebihan menghidupkan malam al Qadr dengan amal ibadah seperti yang dinyatakan dalam Surah al Qadr: ayat 3, pahalanya digandakan melebihi ibadah untuk tempoh 83 tahun (seribu bulan),
2. Allah Ta'ala dengan rahmatNya turut memberikan pengampunan terhadap dosa silam yang pernah dilakukan kepada orang yang beribadah pada malam al Qadr,
3. Menurut al Hafiz Ibnu Hajar: Majoriti ulamak bersetuju kebiasaannya Lailatul Qadr akan berlaku pada malam ke 27 Ramadhan.
Semoga kita diberikan taufik oleh Allah Ta'ala untuk beribadah sebaiknya pada malam tersebut.