السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
20 Jamadulakhir 1436H
10 April 2015
🌷🌺AMALAN UNTUK MEMBERKATI MAJLIS
عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ جَلَسَ في مَجْلِسٍ، فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ فَقَالَ قَبْلَ أنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلا أنْتَ، أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْكَ، إِلا غُفِرَ لَهُ مَا كَانَ في مَجْلِسِهِ ذَلِكَ)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ).
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang menyertai suatu majlis, maka banyaklah bercampur aduk tuturkatanya (ada yang benar dan ada yang salah). (Oleh itu) sebelum meninggalkan majlis (bacalah): سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلا أنْتَ، أسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إلَيْكَ (Bermaksud: Maha Suci dan segala puji bagi Engkau ya Allah, aku bersaksi tiada tuhan melainkan Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepadaMu) nescaya diampunkan baginya di dalam majlis itu." (Mafhum HR At Tarmidzi, katanya hadith ini hasan sahih)
PENGAJARAN
1. Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas drpd kesilapan dalam tuturkata walaupun berada di dalam majlis ilmu, mesyuarat dan sebagainya,
2. Oleh itu kita digalakkan untuk menutup majlis yang disertai dengan membaca tasbih kaffarah (seperti hadith di atas) kerana ianya mengandungi elemen mensuci dan memuji Allah, mentauhidkanNya serta minta keampunan daripadaNya semoga segala kesilapan di dalam majlis diampunkan dan mendapat keberkatan, insyaAllah.