السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
25 Jamadulakhir 1436H
15 April 2015

🌷ANJURAN BERSIKAP BENAR DAN MENGHINDARI DUSTA

عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((إنَّ الصِّدقَ يَهْدِي إِلَى البرِّ، وإنَّ البِرَّ يَهدِي إِلَى الجَنَّةِ، وإنَّ الرَّجُلَ لَيَصدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكتَبَ عِنْدَ الله كَذَّابًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم, sabdanya: "Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga. Sesungguhnya apabila seseorang itu bersikap benar nanti dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang berada di atas kebenaran. Dan sesungguhnya bersikap dusta itu membawa kepada keburukan dan sesungguhnya keburukan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya apabila seseorang itu bersikap dusta nanti dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang selalu membawa pendustaan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Umat Islam digesa supaya sentiasa bersikap benar dalam kata-kata, ikhlas dalam amalan dan bersih dalam tindakannya,
2. Orang yang melakukan demikian akan mendapat kebaikan sebenar (ganjaran yang besar di Akhirat) dan redha daripada Allah,
3. Sebaliknya umat Islam ditegah daripada bersikap bohong dalam tutur kata dan perbuatan kerana ianya membawa kepada keburukan. Orang yang berbohong walaupun mungkin terlepas di dunia, dia pasti mendapat akibat yang buruk di Akhirat.