السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Isnin
9 Jamadulakhir 1436H
30 Mac 2015
🌾MENUNJUK AJAR JALAN KEBAIKAN
عن أبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ دَعَا إِلَى هُدىً كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا)). رواه مسلم.
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang mengajak ke arah petunjuk maka baginya pahala seperti sama pahala orang yang mengikut tunjuk ajarnya tanpa dikurang sedikitpun daripada pahala yang mereka (yang mendapat tunjuk ajar itu) perolehi." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Kelebihan mengajak manusia ke arah kebaikan walaupun terpaksa berhadapan dengan keengganan mereka sedikit ataupun banyak (mungkin berjaya atau sebaliknya),
2. Bagi pendakwah adalah pahala amalan sama seperti mereka yang menerima tunjuk ajarnya tanpa dikurangkan sedikitpun. Ini merupakan tanda keagungan anugerah Allah dan kemurahanNya kepada para pendakwah dan pembimbing ke arah kebaikan.