السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Selasa
29 Sya'ban1436H
16 Jun 2015
🌵FAEDAH ISTIMEWA PUASA UNTUK ORANG BUJANG
عن ابن مسعود رضي الله عنه قَالَ : " كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَبَابًا لَا نَجِدُ شَيْئًا فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ منكُم الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ ) . رواه البخاري
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: "Kami bersama Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai pemuda-pemuda yang tidak punya apa (hidup miskin). Maka RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Wahai sekelian pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan maka hendaklah berkahwin. Sesungguhnya dengan berkahwin itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan (daripada terjebak dengan maksiat). Barangsiapa yang tidak ada kemampuan hendaklah dia berpuasa kerana puasa boleh meredakan (gelojak syahwat). (Mafhum HR Al Bukhari)
PENGAJARAN
1. Perkahwinan adalah suatu yang diperlukan oleh naluri manusia bila telah tiba masanya. Oleh itu para pemuda/pemudi yang berkemampuan hendaklah segera berkahwin bagi mengelakkan maksiat lebih-lebih lagi dengan "dunia terbuka" pada hari ini,
2. Bagi yang belum mampu hendaklah menjaga maruah diri dengan menghindari perkara yang boleh menjerumuskan diri kepada dosa/ maksiat seperti zina, onani dll,
3. Antara cara yang disyorkan oleh Syara' untuk membendung syahwat adalah dengan berpuasa disamping memohon kepada Allah Ta'ala agar diberi kekuatan untuk melawan runtunan hawa nafsu.