السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
8 Rejab1436H
27 April 2015

🌿AMALAN YANG MELAYAKKAN MASUK SYURGA

ن أَبي أيُّوب رضي الله عنه: أنّ رَجُلًا قَالَ للنبيِّ صلى الله عليه وسلم: أخْبِرْنِي بعمل يُدْخِلُنِي الجَنَّة، قَالَ: ((تَعْبُدُ اللهَ، لا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Ayyub رضي الله عنه melaporkan: bahawasanya seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: Beritahulah kepadaku amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga? Nabi menjawab: "Kamu hendaklah mengabdikan diri kepada Allah dengan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubungkan silaturahim." (Mafhum HR Muttafaq 'Alaih)

INTISARI HADITH
1. Sesiapa yang mengesakan Allah, melaksanakan segala rukun Islam dan menjalinkan silaturahim (hubungan kasih sayang) akan mendapat kelayakkan memasuki syurga Allah,
2. Walau bagaimanapun, setiap amalan memerlukan keikhlasan (dilakukan hanya kerana Allah) dan perlaksanaannya mestilah mengikut spt mana yg dianjurkan oleh Syara'. Oleh itu wajib menuntut ilmu untuk memperelokkan amalan.