السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
23 Ramadhan 1436
10 Julai 2015
🌹BERMIMPI MELIHAT LAILATUL QADR🌙
عن ابن عمر رضي الله عنهما: أنَّ رِجالًا مِنْ أصْحَابِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم أُرُوا لَيْلَةَ القَدْرِ في المَنَامِ في السَّبْعِ الأَوَاخِرِ، فَقَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((أرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأتْ في السَّبْعِ الأوَاخِرِ، فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيهَا فَلْيَتَحَرَّهَا في السَّبْعِ الأَوَاخِرِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما: bahawasanya sekumpulan lelaki dari kalangan Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم telah bermimpi mengenai malam Al Qadr akan berlaku pada tujuh malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Maka RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda:"Aku juga telah melihat di dalam mimpiku apa yang kamu semua lihat dalam mimpi kamu itu adalah betul bahawa Lailatul Qadr akan berlaku pada tujuh malam terakhir Ramadhan. Sesiapa yang mahu mendapatkan Lailatul Qadr maka hendaklah dia banyak beribadah pada tujuh malam terakhir Ramadhan." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Orang yang beriman dan beramal soleh biasanya akan dikurniakan oleh Allah dengan mimpi-mimpi yang baik dan boleh dijadikan panduan,
2. Kata Al Hafiz Ibnu Hajar: Hadith ini memberi petunjuk tentang besarnya pengaruh mimpi dan boleh menjadikannya sandaran sebagai panduan terhadap perkara yang berlaku dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan kaedah Syariah,
3. Sesiapa yang bersungguh dalam mengerjakan ibadah dan kebaikan pada malam al Qadr akan mendapat balasan pahala berganda di sisi Allah.