السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
🌾JANGAN TINGGALKAN BERSAHUR KERANA IANYA BERKAT
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه: قال صلى الله عليه وسلم : ( السحور كله بركة فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء فإن الله عز وجل وملائكته يصلون على المتسحرين) رواه أحمد وإسناده قوي قال الشيخ الألباني: (حسن لغيره)
TERJEMAHAN
Dari Abu Said Al Khudri رضي الله عنه: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Bersahur itu semuanya berkat oleh itu janganlah kamu tinggalkan bersahur walau seseorang kamu hanya sempat (meminum) seteguk air. Maka Allah Azza wa Jalla dan para MalaikatNya berselawat kepada orang-orang yang bersahur." (Mafhum HR Ahmad)
PENGAJARAN
1. Disunatkan makan sahur bagi orang yang hendak berpuasa sama ada puasa wajib atau sunat sekalipun hanya mengambil sedikit makanan atau minuman,
2. Hikmah disunatkan makan sahur adalah untuk memberikan kecergasan kepada tubuh badan disamping memperbaharui niat berpuasa bagi seseorang,
3. Maksud Allah berselawat adalah Allah memuji orang tersebut dan maksud Malaikat berselawat adalah Malaikat mendoakan rahmat dan keampunan untuknya. Oleh itu orang tersebut mendapat keberkatan dalam hidupnya.