السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
27 Sya'ban1436H
14 Jun 2015

🌵JANGAN BERPUASA PADA HARI SYAK

عن أَبي اليقظان عمارِ بن يَاسِرٍ رضي الله عنهما، قَالَ: مَنْ صَامَ اليَوْمَ الَّذِي يُشَكُّ فِيهِ، فَقَدْ عَصَى أَبَا القَاسِمِ صلى الله عليه وسلم. رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ).

TERJEMAHAN
Dari Abu Al Yaqzhan Ammar bin Yasir رضي الله عنهما melaporkan: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang "syak" maka ia telah mengingkari (ajaran) Abu Al Qasim (gelaran kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم)." (Mafhum HR Abu Dawud dan At Tirmidzi, dan katanya hadith hasan sahih)

PENGAJARAN
1. Hari syak adalah hari terakhir pada bulan Sya'ban (30 Sya'ban). Dinamakan hari syak kerana pada hari tersebut berkemungkinan telah telah masuk 1 Ramadhan atau belum masuk (50:50). Puasa sunat pada hari tersebut adalah dilarang berdasarkan beberapa hadith yang lain. Antaranya sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: "Janganlah sesekali seseorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali jika seorang lelaki yang pernah berpuasa dengan puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari tersebut." (Muttafaq 'alaih)
2. Bagaimanapun terdapat pengecualian terhadap larangan tersebut iaitu dibenqrkan berpuasa bagi:
A. Orang yang telah membiasakan diri dengan puasa sunat Isnin dan Khamis sebelum hari syak seperti jika hari syak tersebut jatuh pada hari Isnin/Khamis,
B. Orang yang mempunyai puasa wajib yang perlu dilaksanakan seperti puasa qadha', kafarat dan nazar.