السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
12 Ramadhan 1436H
29 Jun 2015
💦HUKUM MEMASUKKAN SESUATU KE DALAM RONGGA SEMASA BERPUASA
عن لَقِيط بن صَبِرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رسول الله، أخْبِرْني عَنِ الوُضُوءِ؟ قَالَ: ((أَسْبغِ الوُضُوءَ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ، وَبَالِغْ في الاِسْتِنْشَاقِ، إِلاَّ أَنْ تَكُونَ صَائِمًا)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ).
TERJEMAHAN
Dari Laqit bin Sobirah رضي الله عنه melaporkan: Aku bertanya ya RasululLah beritahulah aku tatacara berwudhuk (yang sempurna)? Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Ratakanlah air keseluruh anggota wudhuk, selatkanlah air di celah-celah jari (tangan dan kaki), sampaikan air dalam2 jauh ke dalam hidung, kecuali dalam keadaan berpuasa (tidak boleh sampaikan air jauh ke dalam hidung)." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi)
PENGAJARAN
1. Disunatkan untuk berwudhuk dengan sebaik mungkin seperti dengan meratakan air ke seluruh anggota wudhuk, menyelatkan air di celah jari dan menyedut air jauh ke dalam hidung bertujuan membersihkan hidung daripada kotoran,
2. Walau bagaimanapun menyedut air jauh ke dalam hidung tidak dibenarkan semasa berpuasa kerana dibimbangi air akan sampai ke dalam halqum (rongga tubuh) yang menyebabkan puasa terbatal.