السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
28 Sya'ban1436H
15 Jun 2015
💐IBADAH WAJIB (TERMASUK PUASA RAMADHAN) SEBAGAI PENGHAPUS DOSA
عَن أبي هريرة رضي الله عنه ، عن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ، وَالجُمُعَةُ إِلَى الجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّراتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الكَبَائِرُ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: " Solat-solat fardhu lima waktu, Jumaat hingga Jumaat berikutnya dan antara Ramadhan hingga Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa antara tempoh ibadah tersebut selagi menjauhkan dosa-dosa besar." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Setiap kewajipan agama mempunyai kelebihan tertentu bila dilaksanakan sebaiknya,
2. Disamping itu dengan rahmat Allah Taala, ketaatan-ketaatan yang dilakukan turut menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan,
3. Oleh yang demikian laksanakanlah kewajipan-kewajipan ibadah dengan sebaik mungkin supaya mendapat pahala sempurna dan fadhilat-fadhilat sampingan yang dikurniakan Allah Ta'ala.