السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
16 Ramadhan 1436H
3 Julai 2015

🌺JUMAAT HARI TERBAIK

وعن أَبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((خَيْرُ يَومٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الجُمُعَةِ: فِيهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الجَنَّةَ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا)). رواه مسلم.
وفي رواية: ((وفيه قبض، وفيه تقوم الساعة)).

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; padanya diciptakan Nabi Adam, padanya dimasukkan Adam ke dalam syurga dan padanya juga dikeluarkan Adam daripada syurga (untuk turun ke dunia). (Mafhum HR Muslim)
Dalam riwayat lain: " Pada hari Jumaat dimatikan Adam dan padanya juga akan berlaku Kiamat. "

PENGAJARAN
1. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari (hari terbaik) bagi umat Islam kerana terdapat beberapa kelebihan yang tiada berbanding pada hari lain. Antaranya adalah Jumaat adalah hari ibadah kerana kaum Muslimin diwajibkan solat Jumaat pada hari tersebut,
2. Pada hari Jumaat kita disunatkan untuk memperbanyakkan amalan seperti membaca surah al Kahfi, memotong kuku, mandi sunat, memakai pakaian yang indah beserta wangian dan hadir awal untuk solat Jumaat, memperbanyakkan selawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan sebagainya,
3. Pada hari Jumaat juga digalakkan untuk memperbanyakkan doa kerana terdapat satu masa yang doa sangat mustajab pada waktu tersebut (dikatakan masa tersebut adalah selepas Asar hari Jumaat).