السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Selasa
13 Ramadhan 1436H
30 Jun 2015
💪RAMADHAN MENDIDIK SIFAT SABAR DAN PRIHATIN
عن سلمان رضي الله عنه قال : خطَبَنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فِي آخرِ يومِ من شعبان فقال:((... وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يزاد في رزق المؤمن فيه، من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه، وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء، قالوا: يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم، قال صلى الله عليه وسلم: يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن...)) رواه البيهقي وضعّفه ابن حجر في " التلخيص الحبير " وضعّفه الألباني.
TERJEMAHAN
Dari Salman رضي الله عنه melaporkan: RasululLah صلى الله عليه وسلم telah berkhutbah kepada kami pada hari terakhir Sya'ban dengan sabdanya: "...dan Ramadhan adalah bulan (mendidik) kesabaran yang mana sabar itu balasannya syurga. Ia juga bulan (memupuk) keprihatinan (kepada mereka yang tidak bernasib baik). Ramadhan juga bulan yang ditambah rezeki seorang Mukmin padanya. Barangsiapa yang menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa maka itu adalah penghapus dosanya dan menyelamatkan dirinya daripada neraka serta baginya pahala seumpama orang berpuasa itu dan tidak dikurangkan walau sedikitpun. Sahabat bertanya: Bagaimana kalau kami tiada apa untuk dihidangkan? Baginda menjawab: " Allah memberi ganjaran tersebut (walaupun) dia hanya memberikan sebiji kurma kering, seteguk air atau sehirup susu..." (Mafhum HR Al Baihaqi)
PENGAJARAN
1. Sifat sabar sangat terpuji dalam Islam dan perlu dimiliki oleh setiap Muslim. Kata Imam Nawawi sabar terbahagi kepada 3 iaitu: a) sabar dalam mentaati perintah Allah, b) sabar dalam menjauhi larangannya, dan c) sabar dalam menghadapi ketentuanNya (musibah),
2. Kita perlu mengambil berat terhadap mereka yang bernasib malang di sekeliling kita dengan memberikan bantuan dan sumbangan mengikut kemampuan yang ada,
3. Betapa lumayannya ganjaran memberikan makanan/ minuman untuk orang berbuka puasa walaupun hanya dengan sesuatu yang amat sedikit.