السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
2 Ramadhan 1436H
19 Jun 2015
🌾TIGA DOA JIBRAIL YANG DIAMINKAN NABI صلى الله عليه وسلم
عن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم صَعَدَ المِنبرَ ، فقال : " آمين آمين آمين " . قيل : يا رسولَ الله ، إنك حين صَعَدْتَ المنبر قلتَ : آمين آمين آمين . ، قال : " إن جبريل أتانِي ، فقال : مَنْ أَدْرَكَ شهرَ رمضانَ ولم يُغْفَرْ لَهُ فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين . ومن أدرك أبويه أو أحدهما فلم يَبِرُّهُما ، فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين . ومن ذُكِرْتَ عنده فلم يُصَلِّ عليك فمات فدخل النار فأبعده الله ، قل : آمين ، فقلت : آمين "
حسن صحيح
رواه ابن خزيمة و ابن حبان في صحيحه و ابي يعلى الموصلي في مسنده و الطبراني في المعجم الأوسط و البيهقي في الشعب.
صححه الالباني رحمه الله
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم telah menaiki mimbar sambil menyebutkan: "Aamiin (yg bermaksud: perkenankanlah) sebanyak 3 kali". Maka ditanya: Kenapa tuan bila menaiki mimbar tuan memnyebut Aamiin 3 kali? Nabi menjelaskan Jibrail telah datang dan mendoakan:
1. Barangsiapa yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan maka dijauhkan dari rahmat Allah. Jibrail suruh menyuruh aku mengaminkan lalu aku mengatakan: Aamiin,
2. Barangsiapa yang sempat dengan ibubapanya yang masih hidup atau salah seorang dari mereka tetapi tidak berbakti lalu dia mati dan dimasukkan ke neraka maka dijauhkan dari rahmat Allah. Jibrail suruh menyuruh aku mengaminkan lalu aku mengatakan: Aamiin,
3. Barangsiapa yang disebutkan namaMu di sisinya tetapi tidak mahu berselawat kepadaMu lalu dia mati dan dimasukkan ke neraka maka dijauhkan dari rahmat Allah. Jibrail suruh menyuruh aku mengaminkan lalu aku mengatakan: Aamiin. (Mafhum hadith hasan sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, At Tabrani dan Al Baihaqi)
PENGAJARAN
1. Beringatlah jika kita berkesempatan dengan tiga perkara dalam hadith di atas dengan melakukan tindakan yang sepatutnya supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang yang binasa,
2. Doa Malaikat sangat mustajab apatah lagi jika ianya diaminkan oleh seorang Nabi yang merupakan kekasih Allah,
3. Bersungguhlah kita merebut segala kelebihan yang dikurniakan Allah sepanjang bulan Ramadhan sementara kita masih diberi peluang berada di bulan yang mulia ini.