السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan Pagi Sabtu
2 Syawal 1436
18 Julai 2015
🌹BERSEDEKAH BAGI PIHAK IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
وعن عائشة رضي الله عنها: أنَّ رجلًا قَالَ للنبيِّ صلى الله عليه وسلم: إنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَأُرَاهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ، فَهَلْ لَهَا أجْرٌ إنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا؟ قَالَ: ((نَعَمْ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari A'isyah رضي اللّه عنها: bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: Sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia secara mengejut dan saya merasakan kalaulah dia boleh berkata-kata dia akan bersedekah. Jadi adakah bagi ibu saya pahala jika saya bersedekah bagi pihaknya? Maka jawab Nabi صلى الله عليه وسلم: "Ya". (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Sedekah yang dilakukan bagi pihak orang yang telah meninggal dunia adalah dibenarkan oleh Syara' dan pahala sedekah tersebut sampai kepada mereka,
2. Sebagai anak yang mengenang jasa, kita masih boleh berbakti kepada ibubapa agar mendapat pahala berterusan walaupun setelah mereka telah tiada dengan amalan kebaikan dan doa.