السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Jumaat
25 Sya'ban1436H
12 Jun 2015

🌾GALAKKAN SOLAT SUNAT SEBELUM (QABLIAH) DAN SELEPAS (BA'DIAH) JUMAAT

عن ابن عمر رضي الله عنهما: أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ لا يُصَلِّي بَعْدَ الجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ في بَيْتِهِ. رواه مسلم.

قال البخاري: باب الصلاة بعد الجمعة وقبلها، وذكر حديث ابن عمر: ((أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ، وَبَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ، وَبَعْدَ المَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ فِي بَيْتِهِ، وَبَعْدَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ، وَكَانَ لاَ يُصَلِّي بَعْدَ الجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ)).

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما: bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم tidak solat sunat selepas solat Jumaat sehingga beredar. Maka Baginda melakukan solat dua rakaat di rumahNya. (Mafhum HR Muslim)

Kata Imam Al Bukhari: dalam bab solat selepas dan sebelum Jumaat, beliau menyebutkan hadith Ibnu Umar: "Bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas Zohor, selepas maghrib 2 rakaat di rumahnya dan selepas Isya' 2 rakaat. Baginda tidak solat selepas Jumaat sehingga bersurai kemudian melakukan 2 rakaat."

PENGAJARAN
1. Hadith ini memperingatkan tentang galakkan untuk melaksanakan solat-solat sunat di rumah kerana ia adalah tempat yang paling afdhal untuk solat sunat. Bagaimanapun ini bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat jika keadaan mengizinkan,
2. Antara hikmah dilaksanakan solat sunat selepas beredar dari tempat solat Jumaat adalah untuk memisahkan antara solat yang wajib (solat Jumaat) dengan solat yang lain (solat sunat),
3. Berkenaan solat sunat sebelum (qabliah) Jumaat ianya turut digalakkan berdasarkan hadith yang menyebutkan secara umum (mafhumnya): "Antara dua azan (azan masuk waktu solat dan iqamah untuk mendirikan solat) terdapat solat sunat".