السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

💰MEMUPUK SIFAT DERMAWAN SEPANJANG RAMADHAN

عن ابن عباس رضي الله عنهما قَالَ: كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم أجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ في رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْريلُ، وَكَانَ جِبْريلُ يَلْقَاهُ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرسول الله صلى الله عليه وسلم حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبرِيلُ أجْوَدُ بالخَيْرِ مِن الرِّيحِ المُرْسَلَةِ. متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما melaporkan: "RasululLah صلى الله عليه وسلم merupakan manusia yang paling dermawan dan Baginda lebih dermawan di bulan Ramadhan semasa Jibrail bertemu dengannya. Dan Jibrail bertemu dengan RasululLah صلى الله عليه وسلم setiap malam untuk bertadarus (saling mempelajari) Al Quran. Maka RasululLah صلى الله عليه وسلم bila bertemu Jibrail merupakan seorang yang sangat pemurah dengan kebaikan lebih pantas daripada angin yang bertiup. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Sifat pemurah sangat digalakkan setiap waktu lebih2 lagi semasa berada di bulan Ramadhan. Begitu juga semasa bersama dengan ahli-ahli kebajikan/orang soleh, kita turut digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah.
2. Sedekah diumpamakan seperti angin yang bertiup kerana memberi udara yang nyaman kepada orang sekeliling. Apatah lagi jika sedekah yang dikeluarkan dengan segera tentunya lebih menyegarkan dari angin lebih2 lagi bagi orang yang memerlukan,
3. Hadith ini juga merupakan dalil kepada galakkan bertadarus Al Quran sepanjang Ramadhan kerana ianya pernah diamalkan sendiri oleh dua makhluk Allah yang paling mulia (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Malaikat Jibrail عليه السلام).