ORANG MUKMIN HANYA BUAT PERKARA BERFAEDAH SAHAJA مِنْ حُسْنِ إسْلامِ المَرْءِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
17 Jamadulakhir 1436H
7 April 2015
ن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مِنْ حُسْنِ إسْلامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لا يَعْنِيهِ)). حديث حسن. رواه الترمذي وغيرُه.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Di antara keelokkan seorang Muslim adalah dia meninggalkan perkara yang tidak berkenaan dengan dirinya (tidak berfaedah)". (Mafhum Hadith Hasan Riwayat At Tirmidzi dan lainnya)
PENGAJARAN
1. Seorang Mukmin yang bagus adalah apabila dia hanya melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja di dalam kehidupannya,
2. Antara perkara yang tidak berfaedah adalah berbual kosong, hiburan yang melalaikan, duduk-duduk (lepak) di jalanan, bertandang di rumah orang bukan untuk tujuan ziarah, mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya (menjaga tepi kain orang lain) dan sebagainya,
3. Sekiranya umat Islam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah, dia akan mampu mencipta kejayaan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.