السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Sabtu
7 Jamadulakhir 1436H
28 Mac 2015
🌾BERSIKAP BENAR SUATU KETENANGAN & BERDUSTA SUATU KERESAHAN
عن أبي محمد الحسن بنِ عليِّ بن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ: حَفظْتُ مِنْ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لا يَرِيبُكَ؛ فإنَّ الصِّدقَ طُمَأنِينَةٌ، وَالكَذِبَ رِيبَةٌ)). رواه الترمذي، وَقالَ: ((حديث صحيح)).
PENGAJARAN
1. Kita perlu meninggalkan perkara yang meragukan dari sudut status hukum (syubhah) bahkan hanya memilih perkara yang diyakini halalnya sahaja,
2.Ini kerana orang yang menghindari perkara syubhah (yang samar-samar hukumnya) telah menjaga maruah agama dan kehormatannya,
3. Syara' menganjurkan supaya bertanya kepada hati naluri yang suci bila dalam keadaan ragu-ragu kerana jiwa seorang Mukmin berasa tenang jika bersikap benar dan berasa resah jika bersikap dusta.