السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan Pagi Rabu
4 Jamadulakhir 1436H
25 Mac 2015
💰SEDEKAH YANG PALING BESAR PAHALANYA
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قَالَ: جاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رسولَ الله، أيُّ الصَّدَقَةِ أعْظَمُ أجْرًا؟ قَالَ: ((أنْ تَصَدَّقَ وَأنتَ صَحيحٌ شَحيحٌ، تَخشَى الفَقرَ وتَأمُلُ الغِنَى، وَلا تُمهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغتِ الحُلقُومَ قُلْتَ لِفُلان كذا ولِفُلانٍ كَذا، وقَدْ كَانَ لِفُلانٍ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم lalu bertanya: Apakah sedekah yang paling banyak pahala? Maka RasululLah صلى الله عليه وسلم menjawab: "(Sedekah yang paling banyak pahala) adalah engkau bersedekah semasa sihat dan sayangkan harta, kamu bimbang jatuh fakir dan bercita-cita untuk kaya. Janganlah kamu melengahkan (untuk beramal) kelak apabila nyawa sudah berada di kerongkong kamu pun mengatakan harta ini (untuk disedekahkan) kepada si fulan dan harta itu pula untuk si fulan sedangkan pada harta itu harta peninggalanmu telah menjadi milik si fulan (waris selepas kematian kamu)." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Pahala sedekah semasa sihat adalah besar kerana pada waktu itu si pemilik harta berhasrat untuk "enjoy" dengan hartanya itu dan risau jatuh miskin kalau disedekahkan kepada pihak lain,
2. Perlu pulun untuk menggandakan amalan seperti sedekah semasa hayat masih ada kerana pahalanya lebih besar berbanding sedekah yang dihulurkan selepas mati seperti l sabda Nabi صلى الله عليه وسلم (mafhumnya): "Sedekah 1 dirham yang dilakukan semasa hayat masih ada adalah lebih afdhal dari sedekah sebanyak 100 dirham selepas kematian."