BESARNYA PAHALA BERPUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL


  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renrungan Pagi Selasa
5 Syawal 1436
21 Julai 2015



عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ". أخرجه أحمد ومسلم و ابن ماجه والنسائي وغيره

Dari Abu Ayyub Al Ansori رضي اللّه عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka (pahalanya) seumpama berpuasa setahun." (Mafhum HR Ahmad, Muslim, Ibnu Majah, An Nasaie dan lainnya)

PENGAJARAN
1. Kata Imam Nawawi: Setiap amalan kebaikan diberikan gandaan sepuluh kali. Oleh itu pahala puasa Ramadhan menyamai puasa tiga ratus hari. Manakala pahala puasa enam hari di bulan Syawal menyamai puasa enam puluh hari. Jika dijumlahkan adalah 360 hari (bersamaan bilangan hari setahun mengikut kalendar Hijriah),
2. Sama seperti fungsi solat sunat qabliah dan ba'diah, puasa sunat sebelum Ramadhan (Sya'ban) dan selepasnya (Syawal) dapat menampung kecacatan yang berlaku dalam puasa wajib (Ramadhan),
3. Kata ulamak: Jika seseorang itu komited melakukan ibadah sunat setelah selesai ibadah wajib itu merupakan tanda ia cintakan ketaatan dan juga tanda ibadah wajibnya diterima Allah Ta'ala.