السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Renungan Pagi Rabu
21 Ramadhan 1436
8 Julai 2015

🌙TIPS MENCARI LAILATUL QADR

عن عائشة رضي الله عنها قالت: كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ في العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ، ويقول: ((تَحرَّوا لَيْلَةَ القَدْرِ في العَشْرِ الأواخرِ منْ رَمَضانَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari A'isyah رضي اللّه عنها melaporkan: adalah RasululLah صلى الله عليه وسلم beriktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan dan baginda bersabda: "Rebutlah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir Ramadhan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Pahala beribadah pada malam Lailatul Qadr sangat besar iaitu melebihi pahala beribadah selama seribu bulan atau 83 tahun. Antara cara untuk mendapatkan Lailatul Qadr adalah dengan memperbanyakkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan,
2. Dalam hadith riwayat Al Bukhari disebutkan: "Rebutlah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadhan (malam 21, 23, 25, 27 & 29 Ramadhan),
3. Kata Al Hafiz Ibnu Hajar: "Asalnya Lailatul Qadr tertumpu pada keseluruhan Ramadhan, kemudian pada sepuluh terakhir, kemudian pada malam-malam ganjilnya yang bertukar-tukar antara malam-malam ganjil. Bagaimanapun mengikut majoriti ulamak diharapkan ianya berlaku pada malam 27 Ramadhan.