SUNAT MEMULAKAN PERJALANAN JAUH (MUSAFIR) PADA HARI KHAMIS


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Pagi Khamis
28 Jamadulawal 1436H
19 Mac 2015

🚕⛵✈SUNAT MEMULAKAN PERJALANAN JAUH (MUSAFIR) PADA HARI KHAMIS

عن كعب بن مالك رضي الله عنه أنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم خَرَجَ في غَزْوَةِ تَبُوكَ يَوْمَ الخَمِيس، وَكَانَ يُحِبُّ أنْ يَخْرُجَ يَوْمَ الْخَميسِ. متفقٌ عَلَيْهِ.
وفي رواية في لأبي داود: لقَلَّمَا كَانَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يَخْرُجُ إِلا في يَوْمِ الخَمِيسِ.

Dari Ka'ab Bin Malik رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم telah keluar untuk menyertai peperangan Tabuk pada hari Khamis dan Baginda suka untuk keluar bermusafir pada hari Khamis. (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat oleh Abu Daud: Nabi صلى الله عليه وسلم sangat jarang keluar (untuk musafir) kecuali pada hari Khamis. "

PENGAJARAN
1. Digalakkan memilih hari Khamis sebagai hari untuk memulakan perjalanan jauh,
2. Antara kemudahan orang yang musafir pada hari Khamis adalah dia tidak diwajibkan untuk solat Jumaat keesokannya jika dia masih dalam keadaan musafir (dengan syarat mesti kurang daripada 4 hari dan 4 malam).