السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ



🌺SARANAN MELEWATKAN WAKTU BERSAHUR

عن زيدِ بن ثابتٍ رضي الله عنه قال: تَسَحَّرْنَا مَعَ رسول الله صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ. قِيلَ: كَمْ كَانَ بينهما؟ قَالَ: قَدْرُ خَمْسين آيةً. متفقٌ عَلَيْهِ.

Dari Zaid bin Tsabit  رضي الله عنه melaporkan: Kami (para Sahabat) telah bersahur bersama RasululLah صلى الله عليه وسلم kemudian kami bangun untuk mendirikan solat (Subuh). Ditanya: Berapa lama tempoh antara keduanya (sahur dan azan waktu solat Subuh)? Jawab Zaid: Kadar (bacaan) lima puluh ayat (Al Quran)." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk mengikut sunnah dan membezakan antara puasa umat Islam dengan puasa ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang tidak bersahur,
2. Waktu yang paling sesuai untuk bersahur adalah di akhir malam sebelum masuknya waktu fajar seperti mana yang dipraktikkan oleh RasululLah dan para Sahabat,
3. Kata Al Muhlib: Nabi صلى الله عليه وسلم memilih sesuatu yang paling ringan kepada umatnya dengan menunjukkan contoh utk diikuti. Ini kerana jika Nabi tidak bersahur mereka akan mengikutnya maka akan menyukarkan mereka. Begitu juga jika Nabi bersahur di tengah malam akan menyukarkannya juga (kerana cepat lapar di siang hari) dan boleh menyebabkan mereka tidak bangun Subuh kerana kepenatan.