السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
4 Rejab1436H
23 April 2015
🌾AMALAN YANG MESTI DIUTAMAKANُ
عن أَبي عبد الرحمن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قَالَ: سألت النبيَّ صلى الله عليه وسلم: أيُّ العَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ تَعَالَى؟ قَالَ: ((الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا))، قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قَالَ: ((بِرُّ الوَالِدَيْنِ))، قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: ((الجِهَادُ في سبيلِ الله)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Abdul Rahman Abudullah bin Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: Aku pernah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم apakah amalan yang paling disukai Allah? Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibubapa." Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: "Berjuang di jalan Allah." (Mafhum HR Muttafaq 'Alaih)
INTISARI HADITH
1. Islam menyuruh umatnya supaya mengutamakan solat bila masuk waktunya, berbuat baik kepada ibubapa terutama jika mereka masih hidup dan berjuang menegakkan Syariat Allah di atas muka bumi ini,
2. Orang yang melaksanakan tuntutan Syara' di atas sebaik mungkin sepertimana yang diajarkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم bakal mendapat kecintaan daripada Allah dengan mendapat balasan yang terbaik di sisiNya.