السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
26 Jamadulakhir 1436H
16 April 2015
🍲☕🍴MESTI GUNA TANGAN KANAN UNTUK MAKAN
عن أَبي مسلم، وقيل: أَبي إياس سَلمة بنِ عمرو بنِ الأكوع رضي الله عنه أنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: ((كُلْ بِيَمِينكَ)) قَالَ: لا أسْتَطيعُ. قَالَ: ((لاَ استَطَعْتَ)). مَا مَنَعَهُ إلا الكِبْرُ، فمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ. رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Muslim, dikatakan Abu Iyas Salamah bin Amr bin Al Akwa' رضي الله عنه: bahawa seorang lelaki telah makan berhampiran RasululLah صلى الله عليه وسلم dengan tangan kirinya. Maka Nabi menegur dengan bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Dia menjawab: Aku tak berdaya. Lalu Nabi bersabda: "Nescaya engkau tidak akan terdaya selamanya." Padahal tiadalah yang menghalangnya (untuk makan dengan tangan kanan) kecuali perasaan angkuh. Maka (akibatnya) dia betul-betul tidak mampu mengangkat tangan ke mulutnya seumur hidup. (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Antara adab terpenting semasa makan (termasuk minum) mestilah menggunakan tangan kanan. Jika tidak dapat boleh guna tangan kiri tapi perlu juga ditampung oleh tangan kanan,
2. Orang yang memperlekeh ajaran/sunnah Nabi akan mendapat balasan buruk bahkan mungkin dibalas semasa di dunia lagi (spt insiden yang berlaku dalam hadith di atas),
3. Orang yang menjaga adab/sunnah walaupun kecil di mata manusia adalah tanda dia benar-benar mengasihi RasululLah صلى الله عليه وسلم.