Sekadar ulasan simple sebelum raya:
1. Esok sesiapa yang bermazhab Syafie, anda wajib juga solat Jumaat walau dah solat Raya pagi tu. Pendapat yang kata tak perlu solat Jumaat jika dah solat raya tu hanya pendapat mazhab Hanafi. Tapi kalau anda bermazhab Hanafi, ikut korang la kalau tak nak pegi. Jumaat bukan lama pun, sejam. Duduk je dengar khutbah, bukan kena membanting padi bagai.
2. Boleh pergi ziarah kubur esok. Takde masalah. Tak haram pun ziarah kubur esok. Jangan dengar dan percaya ustaz-ustaz wahhabi laknatullah si penyesat dan menyesatkan. Ulama-ulama ASWJ takde melarang, Majlis Fatwa takde larang, JAKIM takde larang, ulama al-azhar takde larang, persatuan ulama dunia takde larang. Si ustaz ayaq acaq tu je kepoh kata bidaah dan haram. Ni semua mainan wahhabi sahabat baik yahudi. Syeikh Ali Jum'ah, Syeikh 'Attiyyah Saqr, dan beberapa ulama lain pernah explain pasal ni, begitu juga dengan fatwa ulama azhar.
3. Jangan salam sepupu, ipar, makcik/pakcik mendatang (yang bukan makcik/pakcik nasab), atau anak angkat, dan segala orang yang berbeza jantina yang bukan mahram dengan anda. HARAM. Nak salam jugak? Alas dengan papan plywood. Paling bagus, explain kat diorang kenapa diharamkan bersalam, tunjuk peta minda sekali dan gambar beserta hujjah ulama-ulama sekali, biar mereka reti sampai mati. Kalau korang elak dengan muslihat (tak explain) maka tiap-tiap tahun la perkara sama akan jadi lagi.
4. Jangan curi kasut orang lain lepas abis solat raya. Please. Aku tau kasut tu semua cantik-cantik, baru-baru, mahal-mahal, tapi memang cantik jugak bila tangan kau kena bakar dalam api neraka nanti.
5. Hari raya adalah hari untuk bergembira. "Gembira" yang dimaksudkan Rasulullah saw itu bukan bermaksud kita enjoy gelak sakan huha huha lompat sana sini bakar mercun bunga api salam peluk bukan mahram bagai. No. Gembira yang dimaksudkan ialah dengan memuji Allah (ni fungsi takbir raya), melakukan amal ibadah sebanyak mampu (zikir, baca quran, etc), ziarah saudara untuk erat silaturrahim, bahagiakan orang fakir miskin, dan bersedekah.
6. Sunat muakkad buat puasa 6 lepas raya. Tak kesah la kau orang nak start 2 syawal ke bebile ke, nak buat berturut-turut ke selang seli ke, ikut sukati korang. Asalkan 6 hari. Tak disyaratkan kena ganti puasa dulu baru boleh puasa 6, Saidatina Aisyah puasa 6 lepas raya tapi ganti puasa masa bulan Rejab, Nabi tak larang perbuatan Aisyah tu.
7. Selepas sebulan berpuasa, alangkah baiknya masa raya tu kita istiqamah dalam tingkahlaku kita, ESPECIALLY PART PAKAIAN. Oh wahai wanita, ruginya kalau masa hari raya korang pakai baju dedah aurat, atau kain belah sampai paha, atau selendang tutup rambut sekadar time kat kubur, atau baju ketat sendat sampai nampak bentuk tubuh, sampai orang bleh tau saiz cutting 30-25-32, atau berwangi melampau sampai jiran sebelah boleh bau, rugi, rugi, sebab Ramadhan kali ni tak berjaya mengubah dan mendidik diri korang. In fact, bukan salah Ramadhan pun, salah kau sendiri dan mak bapak kau orang yang tak melarang/mendidik bila nampak kau orang buat benda haram depan mata mereka.
8. Bermaaf-maafan ni bukan di hari raya je tau. Tak salah bermaafan di hari raya. Tapi lebih baik dan sepatutnya, mintak maaf kat orang yang kita buat salah tu dengan sesegera yang boleh, sebaik selepas kita buat salah tu. Bukan tunggu raya baru nak kosong-kosong bagai. Dan sunnahnya, kalau jumpa sesape di hari raya, ucap sebagaimana Nabi saw ajar "Taqabbalallahu minna waminkum".
- syapik hassan -