السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
27 Jamadulakhir 1436H
17 April 2015
👬HUKUM KANAK-KANAK MENGERJAKAN HAJI
عن ابن عباس رضي الله عنهما: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم لَقِيَ رَكْبًا بالرَّوْحَاءِ، فَقَالَ: ((مَنِ القَوْمُ؟)) قالوا: المسلمون، فقالوا: من أنتَ؟ قَالَ: ((رَسُول الله))، فرفعت إِلَيْه امرأةٌ صبيًا، فَقَالَتْ: ألِهَذَا حَجٌّ؟ قَالَ: ((نَعَمْ، وَلَكِ أجْرٌ)). رواه مسلم.
في هذا الحديث: دليل على صحة حج الصبي وثبوت أجر وليِّه، ولا تجزيه عن حجة الإسلام.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Abbas رضي الله عنه: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bertembung dengab satu rombongan di Rauha' lalu Baginda bertanya: "Siapakah mereka?" Mereka menjawab: Kaum Muslimin. Maka mereka pula bertanya: Siapa tuan? Lalu Baginda menjawab: "Pesuruh Allah". Seorang wanita telah menjulang kepada RasululLah seorang kanak-kanak dan bertanya: Adakah (sah ibadah) haji baginya? Lalu RasululLah menjawab: " Ya dan bagi kamu pahala." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Hukum kanak-kanak mengerjakan haji adalah sah dan bagi walinya (penjaganya termasuk ibubapa) pahala ibadah haji tersebut. Bahkan jika dia telah mumayyiz (cerdik i.e. pandai membezakan mana yang baik dgn yang buruk) dia boleh berihram sendiri,
2. Walau bagaimanapun, kewajipan haji masih belum terlepas bagi dirinya kerana antara syarat wajib haji adalah seorang yang telah cukup umur (baligh).