السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Khamis
5 Jamadulakhir 1436H
26 Mac 2015
🌵JANGAN BERLENGAH DALAM BERAMAL
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((بَادِرُوا بِالأعْمَال فتنًا كقطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، وَيُمْسِي مُؤمِنًا ويُصبحُ كَافِرًا، يَبيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنيا)). رواه مسلم.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersegera dalam melaksanakan ketaatan dan menambah amalan sebelum timbulnya halangan2 yang menegah daripada melakukannya,
2. Fitnah (cabaran) keduniaan akhir zaman adalah sangat dahsyat sehingga boleh menggoyangkan aqidah. Oleh itu setiap orang perlu memantapkan aqidahnya dari semasa ke semasa.