MENJAGA MARUAH DIRI DENGAN BERSABAR
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Rabu
11 Jamadulakhir 1436H
1 April 2015
🌺
عن أبي سَعيد سعدِ بن مالكِ بنِ سنانٍ الخدري رضي الله عنهما: أَنَّ نَاسًا مِنَ الأَنْصَارِ سَألوا رسولَ الله صلى الله عليه وسلم فَأعْطَاهُمْ، ثُمَّ سَألوهُ فَأعْطَاهُمْ، حَتَّى نَفِدَ مَا عِندَهُ، فَقَالَ لَهُمْ حِينَ أنْفْقَ كُلَّ شَيءٍ بِيَدِهِ: ((مَا يَكُنْ عِنْدي مِنْ خَيْر فَلَنْ أدَّخِرَهُ عَنْكُمْ، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ، وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللهُ. وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأوْسَعَ مِنَ الصَّبْر)). مُتَّفَقٌ عليه.
TERJEMAHAN
Dari Abu Said aitu Sa'ad bin Malik bin Sinan al-Khudri رضي الله عنهما bahawasanya ada beberapa orang dari kaum Anshar meminta pemberian daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu beliau memberikan sesuatu pada mereka itu, kemudian mereka meminta lagi dan baginda pun memberinya pula sehingga habislah harta yang ada di sisinya, kemudian setelah habis membelanjakan segala sesuatu dengan tangannya itu baginda bersabda: "Apa saja kebaikan - yakni harta - yang ada di sisiku, maka tidak sekali-kali akan kusimpan sehingga tidak kuberikan padamu semua, tetapi oleh sebab sudah habis, maka tidak ada yang dapat diberikan. Barangsiapa yang menjaga diri - daripada meminta-minta dari orang lain, maka akan diberi kecukupan rezeki oleh Allah dan barangsiapa yang merasa dirinya cukup maka akan diberi kekayaan oleh Allah - kaya hati dan jiwa - dan barangsiapa yang berlaku sabar maka akan dikurniakan kesabaran oleh Allah. Tiada seorangpun yang diberikan suatu kurniaan yang lebih baik serta lebih luas daripada kurniaan kesabaran itu." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Betapa pemurahnya Nabi صلى الله عليه وسلم yang memberikan apa sahaja yang Baginda ada untuk membantu para Sahabat yang berada di dalam kesusahan,
2. Walaupun sikap meminta-minta dibenarkan lebih2 lagi bila berada di dalam kesusahan tetapi jika seseorang itu dapat bersabar dan berusaha itu adalah lebih baik baginya demi menjaga maruah diri,
3. Orang yang sanggup bersabar dalam menghadapi kesusahan adalah orang memperoleh kebaikan sebenar dalam agama (mendapat ganjaran yang besar dari Allah Taala).