KEKAYAAN HAKIKI
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Selasa
10 Jamadulakhir 1436H
31 Mac 2015
🌵
عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَيْسَ الغِنَى عَن كَثرَةِ العَرَض، وَلكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Bukanlah kekayaan itu dengan sebab banyaknya hartabenda, tetapi kaya itu adalah kerana kayanya jiwa." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Islam menggalakkan umatnya supaya jangan tamak haloba terhadap harta dunia sehingga mengabaikan perintah agama,
2. Islam juga menyuruh umatnya supaya bersifat merasa cukup dengan apa yang ada dan tidak meminta-minta daripada orang lain kerana ianya boleh menjatuhkan maruah diri,
3. Kekayaan sebenar yang diiktiraf oleh Allah bukanlah kaya hartabenda tetapi kaya jiwa seperti seorang yang mempunyai ilmu yang diredhai Allah dan beramal dengannya.