السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
21 Jamadulakhir 1436H
11 April 2015
🌾ORANG YANG MENDAPAT KEBAIKAN HAKIKI
وعن معاوية رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ في الدِّينِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Muawiyah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya maka dia diberikan kefahaman terhadap agama." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Hadith ini menerangkan kelebihan golongan ulama' yang menjadi pembimbing manusia ke arah kebaikan,
2. Ia juga menunjukkan kelebihan mendalami ilmu agama berbanding ilmu-ilmu yang lain kerana ianya menjelaskan selok belok hukum yang selaras dengan perintah Allah SWT seterusnya melayakkan untuk mendapat keredhaanNya,
3. Kata Al Hafiz Ibnu Hajar Al 'Asqalani: Mafhum hadith ini bahawa orang yang tidak mahu mendalami agama (kaedah-kaedah hukum Islam dan yang berkaitan dengannya) maka terhalang kebaikan daripada dirinya.