السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
24 Jamadulakhir 1436H
14 April 2015

💞ALLAH SEDIA MENERIMA TAUBAT BILA-BILA MASA SAHAJA

عن أبي موسَى عبدِ اللهِ بنِ قَيسٍ الأشْعريِّ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((إنَّ الله تَعَالَى يَبْسُطُ يَدَهُ بالليلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ، ويَبْسُطُ يَدَهُ بالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيلِ، حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِها)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy'ari رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم sabdanya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu melapangkan tanganNya -yakni kerahmatanNya- di waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan
juga melebarkankan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat - yakni di saat hampir tibanya Kiamat, kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seseorang itu." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Betapa besar dan luasnya rahmat Allah yang bersedia menerima taubat hamba-hambaNya pada bila-bila masa,
2. Allah Taala bukan setakat mengampunkan dosa bahkan sangat mengasihi orang-orang sentiasa bertaubat dengan memberi pelbagai kelebihan seperti diberikan hujan yang lebat sebagai rahmat (rujuk surah Nuh:ayat 11),
3. Walau bagaimanapun, taubat hanya berfaedah sebelum terbitnya matahari dari barat (berlaku Kiamat) dan sebelum nyawa berada di halqum (kematian). Oleh itu gunakanlah peluang yang ada ini untuk sentiasa memohon ampun terhadap dosa yang pernah dilakukan.