السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
15 Ramadhan 1436H
2 Julai 2015
💵KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT
وعن ابن عمر رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((بُنِيَ الإسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أنْ لا إلهَ إِلا اللهُ، وَأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، وَإقَامِ الصَّلاَةِ، وَإيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ البَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Umar رضي الله عنهما: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Agama Islam itu dibina di atas lima perkara: 1) pengakuan tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhNya, 2) mendirikan solat (fardhu 5 waktu), 3) menunaikan zakat, 4) mengerjakan haji di baitulLah, dan 5) berpuasa Ramadhan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Hadith ini merupakan asas utama (lima perkara pokok) untuk mengenali Islam,
2. Islam diibaratkan seperti sebuah binaan yang hanya boleh kukuh jika disokong oleh lima tiang. Syahadah merupakan tiang seri (tengah) yang disokong oleh empat tiang yang lain. Begitu juga keislaman seseorang hanya dianggap kukuh jika ia menjaga kelima-lima rukun Islam dalam hidupnya,
3. Kata 'Ataa' Al Khursani: Zakat adalah penyucian daripada dosa. Allah tidak iman seseorang dan solatnya kecuali setelah menunaikan zakat.