[7:53am, 7/7/2015] ‪+60 19-931 4378‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Selasa
20 Ramadhan 1436H
7 Julai 2015

💪BERSUNGGUH DALAM BERIBADAH PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN🌺

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: كَانَ رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ العَشْر أحْيَا اللَّيْلَ، وَأيْقَظَ أهْلَهُ، وَشَدَّ المِئْزَرَ. متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari A'isyah رضي الله عنها melaporkan: Adapun RasululLah صلى الله عليه وسلم apabila tiba sepuluh (malam terakhir Ramadhan) Baginda menghidupkan malam (dengan memperbanyakkan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut beribadah) dan mengetatkan pakaiannya (tidak mengauli isteri-isteri Baginda)." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Digalakkan untuk melipat gandakan amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan lebih2 lagi dalam mencari Lailatul Qadr berdasarkan apa yang dicontohkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم,
2. Walaupun Baginda seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa), Nabi tetap bersungguh dalam beribadah pada malam2 tersebut. Apatah lagi kita umat di akhir zaman yang serba kekurangan sepatutnya mempunyai usaha yang sama dalam memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan,
3. Antara amalan yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah beriktikaf di masjid. Hukumnya adalah sunat muakkad. Di samping itu memenuhkan masa dengan pelbagai ibadah dan amal kebaikan.

P/S: maaf tidak dapat berkongsi Renungan Pagi beberapa hari sebelum ini kerana henpon rosak dan perlu dibaiki.
[9:14am, 7/7/2015] ‪+60 19-931 4378‬: Nak dekat Raya ni moh kita saling mengingati Bukan Mahram yg TAK BOLEH salam:
Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
Ada yang tak tahu. Dan kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh.
Haa..nampak cantik tp tak leh sentuh.
Jangan buatbuat lupa. Haram. Ni dah tahu..minta minta ler sampaikn pd yg bernama saudara.