السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

🌵RUGINYA ORANG YANG SENGAJA PONTENG PUASA
وعن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَلَا مَرَضٍ لَمْ يَقْضِهِ صِيَامُ الدَّهْرِ وَإِنْ صَامَهُ)) رواه البخاري

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم sabdanya: "Barangsiapa yang sengaja tidak berpuasa Ramadhan tanpa uzur dan sakit, puasa yang ditinggalkan itu tidak boleh digantikan dengan puasa sepanjang tahun walaupun dia berpuasa (qadha') untuk tempoh itu." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Yang dimaksudkan "tidak boleh digantikan" adalah dari sudut pahala puasa yang ditinggalkan tanpa sebab yang Syari'e. Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan ketidakpedulian orang tersebut terhadap fadhilat puasa Ramadhan hingga dia terluput daripada memperolehinya,
2. Adapun dari sudut fiqh, puasa yang digantikan (kena qadha') adalah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.